#Hiburan: “Carilah Pasangan Yang Terbaik..” – Entri Ibu Hannah Delisha Setahun Lalu Jadi Perhatian Netizen

Pastinya ramai yang berasa terkejut apabila mendengar khabar angin yang mengatakan bahawa ibu Hannah Delisha sepertinya tidak merestui perkahwinan anak perempuannya itu dengan Imam Shah.

BACA: Perkahwinan Tidak Direstui, Puisi Ibu Hannah Delisha Undang Tanda Tanya Netizen

Makin menjadi bualan ramai apabila foto Eleena Sui dan pengantin baru tersebut yang dimuat naik oleh ibu mentua Hannah sepertinya memberikan gambaran bahawa pernikahan pelakon itu sebenarnya sudah berlangsung sejak Februari tahun lepas lagi.

Advertisement

BACA: Tarikh Entri Eleena Sui Jadi Persoalan, Hannah Delisha Didakwa Kahwin Tahun Lepas?

ibu tak restui perkahwinan hannah delisha

Semakin dikaji, netizen telah menemui entri ibu Hannah yang bertarikh 22 Februari 2020 di mana ia berdekatan dengan kononnya, tarikh asal penikahan pelakon wanita itu.

Sepertinya wanita itu yang meluahkan rasa gembira melihat Zahirah Macwilson dan Emma Maembong bertemu pasangan pilihan mereka selain dua pelakon wanita itu dijadikan gambar utama pada entri panjang tersebut.

Advertisement

hannah delisha

“Memilih pasangan yang terbaik terletak di akhlaknya , kesopanan cara pemikirannya dan cara-cara tindakannya …semuanya harus kejalur kerohanian yang murni itu lah ciri pasangan yang baik …baru lah boleh menjadi pembimbing yang adil dan bijak …bukan yang penuh kebiadapan yang keterlaluan.. sehingga tidak mengenal cara berdepan dengan orang yang lebih tua.”

Malah ibu Hannah juga dilihat berpesan supaya setiap anak-anak mentaati perintah kedua ibu bapa kerana hukumnya ialah haram sekiranya menderhakai mereka.

Mungkin hanya kebetulan, namun netizen berpandangan bahawa entri ini mempunyai kaitan dengan isu yangs edang hangat diperkatakan mengenai pernikahan Hannah Delisha dan Imam Shah.

Sama-sama kita nantikan kenyataan daripada pasangan itu sendiri.

The post “Carilah Pasangan Yang Terbaik..” – Entri Ibu Hannah Delisha Setahun Lalu Jadi Perhatian Netizen first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments