#Hiburan: (TAHNIAH) Alam Wakaka Selamat Bernikah, Mohon Maaf Kerana Tiada Jemputan

Penari kumpulan Wakaka, Alam khabarnya telah selamat bernikah dengan wanita pilihan, Nurul Alisya Najwa Hazman,20, pada 7 Mac yang lalu.

Alam atau nama sebenarnya Muhamad Aslam Bin Abdul Rahman, 35, telah menjadi suami kepada Nurul selepas satu lafaz dalam suatu majlis ringkas di Pejabat Agama Segamat, Johor.

Advertisement

Berita gembira itu dikongsikan Alam menerusi satu hantaran di Instagram untuk tatapan peminat dan pengikut media sosial miliknya.

“Assalamualaikum semua rakan-rakan serta pada pengikut setia saya. Pada 7 Mac 2021 saya telah menjadi suami kepada gadis pilihan saya Alisya Najwa dengan satu lafaz semasa bernikah di Pejabat Agama Segamat.”

Dalam entri tersebut, Alam turut memuat naik foto bersama isterinya di atas pelamin yang dihias indah.

View this post on Instagram

 

Advertisement

A post shared by NOT YOUR FAV BOY ? (@alamwakaka)

Dia dalam pada itu turut memohon maaf kerana tidak menjemput sanak saudara serta sahabat handai kerana tiada majlis persandingan dijalankan gara-gara perlaksanaan PKP yang dijalankan kerajaan kini.

Alam juga memohon doa peminat dan orang ramai agar perkahwinannya dengan isteri sentiasa diberkati dan kekal sehingga syurga.

Terdahulu, pasangan ini telah pun mengikat tali pertunangan pada Ogos tahun 2020 yang lalu.

Tahniah diucapkan buat Alam dan isteri!

The post (TAHNIAH) Alam Wakaka Selamat Bernikah, Mohon Maaf Kerana Tiada Jemputan first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments