#Hiburan: ‘Syurga-Mu Merestuimu, Anakku’ – Ibu Mentua Mohon Hannah Delisha & Suami Bersabar

Baru sahaja mendirikan rumah tangga, timbul pula dakwaan ibu kepada Hannah Delisha sebenarnya tidak merestui perkahwinan yang dibina anak dan suami, Imam Shah. Dakwaan ini mula diperkatakan apabila ibu, yang dikenali sebagai @kakcikwujudku, memuat naik kata-kata puitis dengan tanda pagar #IbuTidakRestu.

BACA: Perkahwinan Tidak Direstui, Puisi Ibu Hannah Delisha Undang Tanda Tanya Netizen

Di Instagram, ibu kepada Imam Shah, Mariana Yati menitipkan doa semoga pasangan pengantin baru itu sentiasa bersabar. Dia juga mendoakan hubungan yang dibina kekal ke syurga. Sebagai ibu, dia tidak putus-putus mendoakan yang terbaik.

Advertisement

SubhanAllah. Allah menentukan segalaNya. Semoga mahligai yang dibina sampai ke Syurga. Doaku tidak akan putus menjadi penghalang segala musibah. Allah itu Al-‘Alim. Ingat itu Imam & Hannah, teruskan bersabar. Mummy sayang kamu berdua. Semoga Allah melindungimu anak-anakku. #imampadahannah

Di hantaran lain, pelakon veteran Singapura ini dilihat memuat naik gambarnya di samping anak dan menantu dengan kapsyen ‘Syurga-Mu merestuimu, anakku.’

 

Advertisement
View this post on Instagram

 

A post shared by Mariana Yati (@mariana_yati)

Namun setakat ini, tiada sebarang kenyataan dikeluarkan Hannah Delisha mahupun suami untuk menjawab kekeliruan yang tercetus ini. Didoakan semoga yang terbaik sahaja buat mereka.

The post ‘Syurga-Mu Merestuimu, Anakku’ – Ibu Mentua Mohon Hannah Delisha & Suami Bersabar first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments