#Hiburan: Perjelas #IbuTakRestu, Ibu Hannah Delisha Minta Netizen Berfikir

Baru-baru ini, timbul spekulasi mendakwa ibu kepada pelakon jelita, Hannah Delisha sebenarnya tidak merestui ikatan perkahwinan yang dibina anak. Dakwaan mula diperkatakan apabila si ibu memuat naik kata-kata puisi dengan tanda pagar #IbuTidakRestu.

BACA: Perkahwinan Tidak Direstui, Puisi Ibu Hannah Delisha Undang Tanda Tanya Netizen

Advertisement

Lebih hangat lagi apabila ibu mentua, Mariana Yati mendakwa menantu kesayangannya itu memang sudah lama mempunyai kemelut dengan ibu kandungnya.

Hannah Delisha walaupun bagaimanapun menerusi satu kenyataan di media sosial memohon maaf di atas kontroversi yang tercetus. Jelasnya, seperti orang lain dia juga mempunyai masalah peribadi tersendiri.

BACA: “Seperti Orang Lain, Saya Juga Ada Masalah Peribadi” – Hannah Delisha Mohon Maaf

Terbaru, ibu Hannah Delisha menerusi Instagram @kakcikwujudku memuat naik sinopsis Hikayat Antah Berantah #IbuTidakRestu memohon ‘smart people’ meneliti sebuah gambar.

 

Advertisement
View this post on Instagram

 

A post shared by Kakcik Wujud Ku (@kakcikwujudku)

Menurutnya, persepsi dan interpretasi seseorang mengenai sesuatu isu adalah subjektif. Oleh itu dia menyeru ‘smart people’ menggunakan akal untuk bertanya dan berfikir mengenai puisi yang dimuat naiknya sebelum ini.

1. Apakah perasaan Sang ibu dalam hikayat antah berantah?

Advertisement

2. Apakah sebab, asbab dan musabab yang beliau itu tidak merestui pernikahan Sang anak dan Pilihan anaknya itu?

3. Kenapa dan mengapa beliau tidak merestui perhubungan mereka sebelum bernikah? Adakah ia kerana ada “al kisah yang membelenggu?” yang terjadi semasa Sang Anak dan Pasanganya belum bernikah lagi?

4. Adakah Sang ibu dan keluarga terdekatnya, tahu Sang anak dan Pasanganya itu telah berkahwin? dan bila sebenarnya mereka berkahwin?

Di akhir perkongsian, ibu Hannah, Noor Ashikin Ahmad turut menyertakan warkah sang ibu yang dipercayai mempunyai maksudnya tersendiri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Kakcik Wujud Ku (@kakcikwujudku)

Advertisement

The post Perjelas #IbuTakRestu, Ibu Hannah Delisha Minta Netizen Berfikir first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments