Kakak kepada personaliti terkenal Neelofa, Noor Nabila berkata dirinya kini belum bersedia untuk memberi ulasan lanjut mengenai gosipnya bersama bekas suami Laudya Cynthia Bella, Engku Emran.
Menurut Nabila, dia kini ingin memberi tumpuan sepenuhnya kepada anak tunggal hasil perkahwinannnya dengan pelakon Sharnaaz Ahmad, Jebat Jayden.
Ujarnya lagi, dia hanya akan berkongsi cerita sebenar apabila sudah sampai waktu yang tepat namun pada kala ini, fokus utama hanyalah pada Jebat kerana ingin memastikan anak tunggalnya itu dibesarkan dengan penuh kasih sayang yang sempurna.
View this post on Instagram
“Apabila sudah sampai waktu yang tepat saya akan kongsikan, tapi sekarang fokus utama adalah anak saya. Jayden adalah cinta hati saya ketika ini. Saya ingin besarkan dia dengan penuh kasih sayang dan diberikan didikan dengan sebaik mungkin.”
Nabila dan Engku Emran sebelum ini didakwa mempunyai ‘sesuatu’ selepas tular sebuah video yang memperlihatkan bekas suami kepada pelakon Erra Fazira itu hadir di kediaman Nabila dipercayai untuk mengikuti sesi ceramah agama.
Bapa kepada seorang cahaya mata itu juga dilihat sedang menikmati hidangan makan malam bersama ahli keluarga Nabila selepas sesi ceramah itu berakhir.
Malah, sebelum ini ada juga foto-foto berlegar di media sosial seperti kelibat mereka menjalani aktiviti berbasikal bersama-sama rakan-rakan yang lain.
Terdahulu, Noor Nabila telah bercerai dengan pelakon Sharnaaz Ahmad pada Julai tahun lalu selepas hampir setahun berdepan dengan kemelut rumah tangga. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Jebat Jayden.
Manakala Engku Emran telah berpisah dengan personaliti Indonesia juga pada Julai tahun lalu selepas dua tahun berkahwin.
Engku juga mempunyai seorang anak perempuan, Engku Aleesya hasil perkongsian hidup bersama artis popular, Erra Fazira.
The post Ingin Fokus Jebat Jayden, Noor Nabila Belum Sedia Kongsi Hal Sebenar Dengan Engku Emran first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments