Angkasawan Negara pertama, Datuk Dr Sheikh Muszaphar menerusi media sosial Instagram ada memaklumkan bahawa anak kembarnya, Adam dan Noah yang kini berusia tiga tahun sudah mula mengaji naskah Iqra.
Menyasarkan umur enam tahun buat kembarnya itu khatam ayat suci Al-Quran, Dr Sheikh berkata dia menggunakan teknik ‘baghdadi’ kepada anak-anaknya itu.
Dalam hantaran di Instagram, personaliti terkenal itu telah memuat naik foto kembarnya sedang belajar mengaji bersama seorang guru.
View this post on Instagram
“Kembar ini sudah mula mengaji, Adam dan Noah sekarang usia tiga tahun lebih dan sangat penting untuk mula membaca dan mengajar Iqra kepada mereka. Kami pilih kaedah Baghdadi seperti yang telah terbukti keberkesanannya.”
Dalam pada itu, Dr Sheikh berharap agar kembar pertamanya dapat mengikuti jejak langkah kakak-kakaknya iaitu Bella dan Tasha yang turut berjaya khatam Al-Quran di usia yang sangat muda.
Terdahulu, Dr Sheikh Muszaphar telah mendirikan rumah tangga bersama Dr Halina pada 10 Oktober tahun 2010 yang lalu.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan enam orang cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha, kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah serta kembar tidak seiras, Eusoff dan Emelia.
The post Guna Teknik Baghdadi, Sheikh Muszaphar Mahu Anak Khatam Al-Quran Menjelang Enam Tahun first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments