Penyanyi yang sering beraksi lincah di atas pentas, Stacy Anam mengakui sama sekali tidak akan menolak rezeki sekiranya dikurniakan cahaya mata lagi.
Stacy atau nama sebenarnya Ummu Syaikhah Stacy Anam turut berkata, anak bongsunya sudah mula bertanya mengenai kehadiran adik baru.
Malah, suaminya yang juga penyanyi, Akim Ahmad turut bertanyakan benda yang sama.
View this post on Instagram
“Sebenarnya kalau nak tahu, anak saya yang bongsu sudah bertanya bila dia nak ada adik. Malah Akim pun ada ‘minta’ juga. Macam tu lah. Jujurnya, saya tidak menolak untuk hamil lagi, cuma bergantung pada rezeki juga.”
Tambah Stacy lagi, mereka berdua tidak merancang dan hanya berserah jika dikurniakan anak. Jika merancang pun barangkali dari segi kesesuaian masa seperti keadaan yang dialami Stacy pada tahun lalu ketika dia sedang menyiapkan single terbaru.
View this post on Instagram
“Apa pun, kami okay saja dan memang sudah bersedia untuk menimang cahaya mata lagi, cuma belum ada tanda-tanda ke arah itu. Kalau ada rezeki, pasti saya akan kongsikan berita gembira ini kepada semua.”
Terdahulu, Stacy dan Akim telah mendirikan rumah tangga pada 5 Februari 2016. Hasil perkongsian hidup pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Eshaal Afiq Hakim,4, dan juga turut mengambil seorang anak angkat bernama Bella De Luna Valentina yang kini berusia lapan tahun.
The post “Eshaal Dah Tanya Bila Nak Ada Adik..” Stacy Tak Tolak Rezeki Jika Hamil Lagi first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments