Isteri kepada pelakon Beego, Linda Hashim akhirnya terbuka hati untuk menerima tawaran berlakon setelah hampir empat tahun menyepi dari dunia lakonan.
View this post on InstagramAdvertisement
Linda atau nama sebenarnya Nor Hazlinda Hashim menjelaskan bahawa dia menerima tawaran berlakon tersebut disebabkan oleh anak-anak yang sudah membesar dan turut mendapat pertolongan daripada suami dan juga ibu mertua.
Dalam pada itu dia juga mengakui bahawa bayaran yang agak lumayan menjadi penyebab untuknya kembali membintangi drama terbaru berjudul Rindu Yang Hilang itu.
View this post on Instagram
“Selepas hampir empat tahun saya tak pegang skrip..maaf kepada penerbit-penerbit yang sebelum ini ada tanya tarikh tapi saya menolak atas sebab nak fokus jaga anak-anak dulu. Tapi bila dah banyak drama yang saya tolak, kebelakangan ini bila bayaran dia pun cecah lima angka, rasa macam menolak rezeki pula bila Allah bagi.”
Advertisement
Ujar ibu kepada tiga orang anak ini lagi, ramai juga yang bertanyakan bilakah dia akan kembali berlakon dan katanya lagi, kerinduan peminat akan terubat tidak lama sahaja lagi.
Dia juga dalam pada itu menzahirkan kebimbangan jika tahap lakonannya akan terjejas gara-gara terlalu lama berehat dari dunia seni.
View this post on Instagram
Terdahulu, Linda mula memperlahankan karier lakonan selepas memperoleh cahaya mata iaitu Jelita Clarissa,6, Anggun Cassandra,5, dan Indah Camelia yang kini berusia 2 tahun hasil perkahwinannya dengan pelakon Beego pada 8 Jun 2013 yang lalu.
The post Ditawar Bayaran Lima Angka, Linda Hashim Kembali Berlakon Setelah Empat Tahun Menyepi first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments