Siapa sahaja tak kenal dengan pasangan merpati sejoli dalam dunia seni tempatan iaitu Janna Nick dan Dini Schatzmann? Sentiasa menyokong antara satu sama lain walaupun ketika badai melanda, hubungan mereka nyata mendapat sokongan peminat.
BACA: Dini Schatzmann Pertahan Janna, -“Saya Tahu Awak Ada Kebaikan Dalam Hati Yang Susah Dijumpai..”
Disebabkan oleh perhubungan yang utuh, sudah pasti ramai yang ingin mengetahui rahsia pasangan ini mengekalkan keharmonian dalam kehidupan bercinta.
View this post on Instagram
Baru-baru ini, Dini telah berkongsi cara dia dan Janna berkomunikasi pada saban hari. Mungkin jarang dilakukan oleh pasangan lain tapi lelaki itu menyatakan bahawa dia dan kekasihnya akan berkongsi ayat petikan atau pun ‘quote’ antara satu sama lain.
“Rutin ringkas kami: Setiap hari kami akan tulis atau hantar satu hingga dua petikan ayat antara satu sama lain. Kadang-kadang ia hanyalah petikan pendek, kadang-kadang ianya ialah ingatan panjang yang tersimpan dalam hati kami pada ketika itu. Ia adalah satu cara untuk meluahkan perasaan kami. Ia adalah salah satu cara kami berkomunikasi tanpa gangguan perkara harian.”
Malah Dini sempat berkongsi petikan yang dihantarnya pada Janna kelmarin.
“Awak akan sentiasa menjadi orang saya. Seperti saya milik awak, dan apa jua pintu yang kita temui dalam kehidupan ini, kita akan bukanya bersama.”
Memang sweet betul pasangan ini kan?
The post “Cara Kami Luahkan Perasaan” – Dini Schatzmann Dan Janna Nick Kongsi Ayat Petikan Setiap Hari first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments