Gara-gara terlanjur kata, pelawak dan juga penyampai radio Issey tampil memohon maaf kepada netizen di atas gurauan kasar terhadap Shuk Sahar seperti yang tular baru-baru ini.
Ayat “awak pernah curang saya tak pernah” difahamkan telah diungkap Issey dalam program I Can See Your Voice Malaysia (ICSYVMY) musim ke-4 yang ditayangkan di saluran TV3.
BACA: ‘Awak Pernah Curang, Saya Tidak’ – Respon Balas Issey Bila Shuk Sahar Usik Status ‘Duda’!
View this post on Instagram
Ujar Issey, meskipun dia dan Shuk rapat dan sering bergurau kasar, penyampai radio Suria FM ini mengakui bahawa dia tidak sepatutnya mengeluarkan ayat tersebut secara terbuka apatah lagi dalam sebuah program yang ditayangkan di TV.
“Rakaman program itu pada April lalu. Saya dan Shuk memang rapat dari dulu, malah kalau kami bergurau pun agak kasar. Saling membahan. Itu saja. Sejujurnya saya tiada niat apa-apa ketika mengeluarkan ayat itu…”
Jauh sekali ingin menjatuhkan maruah rakan seperjuangannya itu, Issey atau nama sebenarnya Fazlisham Mat Hussin juga mengambil inisiatif untuk menghubungi Shuk dan memohon maaf kerana tidak menyangka ianya akan menjadi isu dan tular.
View this post on Instagram
“Saya harap dengan penjelasan ini semua faham dan ambil maklum. Tidak ada lagi komen yang bukan-bukan ditujukan pada saya atau Shuk..” pinta Issey lagi.
Dia dalam pada itu turut berjanji akan menjadikan perkara tersebut sebagai pengajaran dan lebih berhati-hati pada masa akan datang.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
The post Terlanjur Kata, Issey Mohon Maaf Pada Shuk Sahar Dan Netizen first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments