Pendakwah bebas terkenal, Ustaz Ebit Lew berkongsi sebuah hantaran video di akaun Instagramnya dimana bapanya disahkan sedang menghidap kanser perut tahap akhir.
BACA: ‘Kita Cuma Orang Kecil, Bukan Siapa Pun’ – Ebit Lew Terima Anugerah ‘Duta Muhibbah Palestine’
Menurut Ebit Lew, beliau masih di dalam tempoh kuarantin selepas pulang dari menjalankan misi kemanusian di Palestine baru-baru ini dan meminta maaf kerana dia tidak dapat menjaga bapanya ketika ini.
Terima kasih KKM. Lama lagi kuarantin. Maafkan Ebit ya bapak. Ebit tak dapat jaga disaat begini. Terima kasih adik-beradik semua yang menjaga. Terima kasih semua yang mendoakan ya.
View this post on Instagram
Dalam hantaran sama, Ebit turut memberitahu bahawa dia rindu akan bapanya dan tidak pernah putus mendoakan atas kesejahteraannya.
Ya allah jika ada pahala atas sedikit kebaikan yang dilakukan. Saya hadiahkan semuanya buat bapak. Hilangkanlah sakitnya. Janganlah bapak rasa sakit tu. Terima kasih ya Allah.
Sedia maklum, sebelum ini pendakwah bebas kesayangan negara ini pernah memaklumakan bahawa kesihatan bapanya semakin merosot dan sedang mendapat rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
The post “Maafkan Ebit Ya Bapak, Ebit Tak Dapat Jaga..” – Bapa Ebit Lew Kanser Perut Tahap Akhir first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments