#Hiburan: Lagenda Senario Kembali, Saiful Apek Kongsi Lokasi Warung Azlee Dan Mazlan

Masihkah anda ingat dengan filem Senario yang popular pada suatu ketika dahulu?

BACA: “Sebenarnya Tu Memang Angle” – Saiful Apek Jawab Kontroversi ‘Pegang Tangan’ Fiza Halim

Advertisement

Menurut pelawak dan pelakon Saiful Apek yang juga salah seorang daripada ahli kumpulan lawak terkenal itu, Senario bakal kembali ke layar perak tidak lama lagi dan akan dikenali sebagai Senariounion.

SenarioSumber : Says.com  

Malah, Saiful Apek yang lebih mesra disapa sebagai Apek juga turut berkongsikan foto terbaharu lokasi perniagaan Azlee dan Mazlan yang pernah popular dalam satu babak lakonan mereka sebelum ini.

Perkara tersebut dikongsikan Apek menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya untuk tatapan peminat di luar sana.

“#ComingSoon nantikan filem Senariounion yang diarahkan oleh Aziz M Osman ini dapat mengubati kerinduan peminat terhadap Senario…” tulisnya di hantaran tesebut.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SAIFUL APEK ®™ ?? (@saifulapek)

Dia dalam pada itu turut mengucapkan terima kasih buat Aziz M Osman kerana merealisasikan impian peminat untuk kembali dengan filem lagenda itu.

Menjengah ruangan komen, ramai peminat drama meluahkan rasa tidak sabar untuk menonton filem tersebut tidak lama lagi.

SenarioSumber : Google  

Sekadar info, kumpulan Senario juga pernah muncul dengan drama dan filem seperti Senario XX, Lagi-Lagi Senario, Senario Lagi dan Senario The Movie.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menari

The post Lagenda Senario Kembali, Saiful Apek Kongsi Lokasi Warung Azlee Dan Mazlan first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments