#Hiburan: Isteri Ahli Politik Hantar Anak Bersekolah Di Perancis, Netizen Luah Rasa Bengang

Tular di media sosial apabila isteri kepada seorang ahli politik dilihat ‘terbang’ ke luar negara bersama anaknya dipercayai menuju ke Perancis.

Perkara tersebut sekaligus mencetuskan tanda tanya dalam kalangan netizen kerana sepatutnya rakyat Malaysia tidak dibenarkan ke luar negara tanpa sebab yang kukuh kerana sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan 3.0.

Advertisement

Difahamkan juga, isteri ahli politik itu ke Perancis untuk mendaftar anak lelakinya yang berumur lima tahun bersekolah di sana.

Lantas, ada kalangan netizen yang berang kerana dirasakan tidak patut golongan atasan atau ‘kayangan’ ini dibenarkan sedangkan rakyat Malaysia lain patuh mengikuti SOP.

Ia terus menjadi tular dan bahan perbincangan orang ramai di media sosial malah ibu kepada dua orang anak itu turut memuat naik foto dan video sedang menaiki kapal terbang di Instagram miliknya.

Advertisement
TwitterSumber : Twitter Mein  
TwitterSumber : Twitter  

Menjengah ruangan komen, ramai meninggalkan komen dan pendapat berbaur tidak puas hati terhadap tindakan wanita itu.

Dalam pada itu, wanita tersebut ada menjelaskan isu tersebut di ruangan Instagram Story selepas ia menjadi bahan kecaman netizen di media sosial.

Instagram Haflin

BACA: “Perasaan Anggap Kita Ini Kayangan Patut Dihentikan, Pada Saya Kita Semua Sama” – Que Haidar

The post Isteri Ahli Politik Hantar Anak Bersekolah Di Perancis, Netizen Luah Rasa Bengang first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments