Pelawak terkenal, Achey Bocey khabarnya telah berjaya menjual beberapa buah motosikal miliknya demi menanggung kos rawatan perubatan ibunya yang tercinta.
Achey yang sebelum ini ada memaklumkan kepada peminat untuk menjual kenderaannya itu memberitahu bahawa dia berkemungkinan akan ‘melepaskan’ lebih banyak koleksi motosikal selepas ini.
View this post on Instagram
“Saya dah jual tapi tak kongsi di Instagram kerana itu jenis motocross dan hanya jual kepada kenalan yang berminat dengan sukan permotoran itu..dah lima buah saya jual, motor keenam masih dalam perbincangan..”
Katanya lagi, ada juga mereka di luar sana yang bertanyakan model jenis EX5, Y15 dan RXZ, namun berkata motosikal model EX5 adalah kepunyaan isteri dan mungkin tidak akan dijual.
View this post on Instagram
“Saya ada satu lagi motor klasik Yamaha RX100 tapi motor itu saya tak jual sebab pemberian arwah abah. Motor itu memang saya simpan..” cerita Achey lagi.
BACA: Ibu Jatuh Sakit, Achey Sanggup Jual Motosikal Tampung Kos Rawatan
Terdahulu, ibu pelawak itu, Ngaisah Hassan,70, dilaporkan telah jatuh sakit dipercayai menghidap saluran tersumbat di antara saluran hempedu dan pankreas dan kini sedang dirawat di kampung halaman bertempat di Johor Bahru.
The post “EX5 Tak Boleh, Orang Rumah Punya..”Achey Dah Jual Lima Buah Motosikal Tampung Kos Rawatan Ibu first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments