Nampaknya semakin ramai yang berani dan membuang perasaan segan atau malu mereka dengan mengibarkan bendera putih sebagai tanda memerlukan bantuan disaat getir ni.
Semakin banyak juga pihak yang tampil salurkan bantuan dan pasangan selebriti Neelofa dan PU Riz turut tidak melepaskan peluang untuk menyokong inisiatif rakyat ini.
BACA: Hulur Barang Makanan Dan Wang Tunai, Neelofa Bantu 70 Keluarga Terkesan PKP
Terbaru, PU Riz, Pertubuhan kasih Neelofa dan NGO lain bersama membantu salurkan sumbangan makanan serta barangan keperluan kepada 110 keluarga kurang berkemampuan di sekitar Kuala Lumpur semalam.
“Siapa yang menyelesaikan kesulitan seorang mu’min dari berbagai kesulitan-kesulitan dunia, niscaya Allah akan memudahkan kesulitan-kesulitannya di Hari kiamat.”
View this post on Instagram
PU Riz yang ditemubual mStar turut menyatakan dia menerima banyak mesej peribadi dari banyak keluarga yang meminta bantuan.
“Diakui hampir setiap hari saya mendapat mesej peribadi di Instagram yang meminta bantuan. Malah, apabila terbaca mengenai kempen kibarkan bendera putih ini saya sedar semakin ramai yang berada dalam kesusahan. Selepas mendapat maklumat ada keluarga di Taman Jinjang Baru yang mengibarkan bendera putih, saya bersama pasukan Pertubuhan Kasih Neelofa ambil keputusan untuk ke sana.”
PU Riz turut berpendapat kempen kibarkan bendera putih adalah 1 cara bagaimana kita menunjukkan kasih sayang antara satu sama lain dan ia baik dalam hidup bermasyarakat.
Sebelum ini, PU Riz turut menghadiahkan RM300 kepda 30 pelajar SPM yang mendapat keputusan 5A. Semoga lebih banyak pihak yang tampil salurkan bantuan.
The post Bendera Putih: Pertubuhan Kasih Neelofa & PU Riz Bantu 110 Keluarga Susah first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments