#Hiburan: Zara Zya Sudah Jumpa Pengganti, Akui Sedang Bahagia

Selepas hampir tiga bulan melalui episod putus tunang, akhirnya hati pelakon Zara Zya sudah kembali berbunga dan dipenuhi cinta baharu. Dia mengakui sedang menikmati saat bahagia dengan insan tersayang. Bagaimanapun, Zara buat masa ini belum bersedia untuk mendedahkan jejaka yang berjaya mencuri hatinya itu kerana mereka masih lagi dalam fasa mengenali hati budi masing-masing.

zara zya sudah jumpa pengganti

Menurut Zara, dia mula mengenali jejaka itu sejak bulan lalu dan memberikan gambaran bahawa jejaka berkenaan bukanlah seorang selebriti.

Memang saya sudah bertemu seseorang. Sekarang adalah fasa hendak mengenali diri masing-masing dengan lebih dekat. Cuma siapa dia? Saya masih belum boleh kongsi sebab semuanya belum pasti.

zara zya sudah jumpa pengganti

Jangan risau, saya pasti akan kongsi berita gembira ini kepada semua. Walau apa pun, saya mohon semua mendoakan kebahagiaan saya.

Sebelum ini, Zara menerusi akaun Instagramnya ada memuat naik kenyataan dia sedang berbahagia dengan insan istimewa walaupun dalam bidang yang berlainan. Menerusi ruangan komen, rakan baiknya iaitu Jihan Muse menyatakan jejaka istimewa terbabit adalah anggota pasukan beruniform.

zara zya sudah jumpa pengganti

Namun, Zara enggan mengulas lanjut mengenai komen itu dan cukuplah sekadar peminat tahu dia tidak lagi keseorangan.

Saya pun tidak tahu kenapa Jihan komen begitu. Apa pun pekerjaannya, biarlah rahsia. Saya tak berani hendak komen lebih. Cukuplah orang tahu saya sedang gembira.

zara zya sudah jumpa pengganti

Terdahulu, Zara pernah bertunang dengan pelakon Hafreez Adam pada 12 Oktober tahun lalu, namun, ikatan itu hanya bertahan selama tiga bulan sahaja.

Sumber Berita : BH ONLINE


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments