Sejak semalam viral video penyanyi Shahir AF, meluahkan rasa kesal terhadap segelintir petugas di sebuah hospital di Shah Alam yang enggan melayannya untuk berjumpa doktor.
Menerusi video berkenaan, Shahir memberitahu dia mengalami demam selama tiga hari dan terpaksa menggagahkan diri melalui dua sekatan jalan raya seawal jam 2 pagi untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut.
Bagaimanapun, seorang petugas yang menjaga di luar pintu utama unit kecemasan memintanya pulang dan menasihatinya untuk ke klinik kesihatan pada siang hari. Malah, petugas itu turut melarangnya untuk membuat sebarang rakaman video.
Tindakan Shahir merakamkan video di ruang kecemasan hospital adalah salah. Bukan itu sahaja, aduannya terhadap layanan yang diberikan juga tidak mengikut prosedur yang sepatutnya.
Seharusnya kena lebih peka dengan keadaan semasa wabak COVID-19 dan setiap petugas kesihatan telah mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan sepanjang mengendalikan wabak itu. Semestinya, kes yang betul-betul serius akan diutamakan.
“Macam nak pengsan, tapi ada masa rakam video”
Rata-rata netizen menganggap apa yang dilakukan oleh Shahir hanya sekadar ingin meraih perhatian. Masih sempat untuk merakam video meskipun dalam keadaan lemah?
Namun, dalam video berkenaan Shahir ada menjelaskan dia tidak berniat untuk memburukkan mana-mana pihak tetapi tindakannya itu adalah untuk mewakili individu lain yang turut menerima nasib sama. Menurutnya lagi, dia sudah pun terlebih dahulu membeli ubat dari farmasi ekoran kesihatannya merosot.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments