#Hiburan: (AL FATIHAH) Penyampai Berita Lagenda RTM, Farith Ismeth Meninggal Dunia

Penonton setia rancangan Berita Dunia di TV1 pastinya mengenali salah seorang penyampai beritanya yang cukup popular dan antara lagenda dunia penyiaran iaitu Farit Ismeth Emir.

farith ismeth meninggal dunia

Berita menyedihkan hari ini apabila beliau disahkan meninggal dunia kira-kira jam 11 pagi tadi akibat kanser paru-paru di  Hospital Assunta, Petaling Jaya, Selangor.

Jenazah Allahyarham kini berada di Masjid Kampung Melayu Petaling Jaya dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Medan, PJS 4, Petaling Jaya.

farith ismeth meninggal dunia

Farith yang berusia 66 tahun merupakan penyampai berita veteran di stesen penyiaran awam milik kerajaan itu sejak tahun 1990-an. Allahyarham memiliki tujuh orang cahaya mata dan salah seorang anaknya merupakan ahli muzik terkenal, DJ Fuzz.

Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah.

Sumber Berita : mStar Online


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments