Sebelum ini, hangat diperkatakan tentang keruntuhan rumah tangga jurusolek terkenal iaitu Datuk Alha Alfa dengan bekas isterinya iaitu Noor Azlin. Mahligai yang dibina hanya mampu bertahan selama enam bulan sahaja.
Selepas sebulan menduda, Alha mendedahkan dia menerima pelbagai mesej daripada ramai wanita yang berhasrat mahu menjadikannya suami. Malah, ada juga ibu bapa yang mahu menjadikan dirinya menantu tanpa mengeluarkan sebarang belanja hantaran yang tinggi dan tidak perlu mengadakan majlis.
Selepas saya umumkan bercerai, saya bukan sahaja dihujani mesej kecaman netizen, malah sampai sekarang saya turut menerima mesej lamaran daripada individu tidak dikenali. Ada yang menyatakan hasrat ingin saya menjadi suami mereka dan sanggup susah senang bersama.
Lebih mencuit hati apabila ada makcik dan pakcik yang tawarkan saya berkahwin dengan anak mereka tanpa wang hantaran dan tidak perlu diadakan sebarang majlis.
Meskipun “tawaran” itu begitu menarik, Alha bagaimanapun memberitahu pintu hatinya belum terbuka lagi untuk mencari pengganti. Selepas menerima pelbagai kecaman daripada netizen ekoran perceraiannya yang penuh kontroversi, Alha sehingga satu tahap mengurungkan diri tetapi mujurlah ada keluarga, teman rapat serta rakan artis yang memberikannya sokongan untuk tidak terus “lemas” dalam tekanan.
Sejujurnya, untuk cari pengganti belum terfikir lagi buat masa ini kalau sekadar kenal-kenal untuk berkawan itu bolehlah! Bukan mudah untuk cari teman hidup, bekas isteri dulu pun lima tahun kami berkawan sebelum berkahwin.
Selepas saya buat pengumuman itu, saya dikecam teruk, saya akui menangis sendirian dalam bilik. Bagaimanapun, masih ada kawan-kawan termasuklah rakan artis yang beri semangat dan minta saya kuatkan diri berdepan ujian itu.
Terdahulu, Alha berkata perbezaan usia serta penerimaan bekas isteri terhadap kerjayanya berubah selepas mereka berkahwin, antara punca rumah tangga yang dibina selama enam bulan musnah. Sering berlaku perselisihan faham sehingga menyebabkan tekanan emosi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments