Baru-baru ini menerusi akaun Instagramnya, Janna Nick ada memuat naik video ‘drama sebabak’ dimana dia berlakon sebagai seorang gadis liar yang seakan sedang berhibur di kelab malam sambil berseloroh air yang dipegangnya itu adalah arak.
Walaupun hanya lakonan semata-mata, ada segelintir netizen kurang senang melihat aksinya itu. Malah, ia turut mendapat perhatian pendakwah bebas, Pencetus Ummah Syed (PU Syed) yang menegur tindakan keterlaluan pelakon itu.
Berlakon biarlah dengan iman bukan nafsu
Menurut PU Syed, apa yang dilakukan oleh Janna itu keterlaluan dan boleh mengundang fitnah. Sebagai seorang ‘public figure’, Janna sepatutnya menunjukkan tingkah laku yang baik kepada orang ramai.
Tegur secara terbuka lebih kena, boleh bagi kesedaran
Tegur dengan baik, mohon guna gelaran PU dengan betul
Tidak hanya berdiam diri, Janna menerusi Insta Story di Instagram tampil membalas teguran itu. Janna menjelaskan apa yang dia lakukan hanya sekadar hiburan semata-mata dan bukanlah dirinya yang sebenar. Dia terkilan dengan cara PU Syed yang menegurnya secara sarkastik dan mempersoalkan mengapa pendakwah itu tidak menghubunginya terlebih dahulu untuk membicarakan isu tersebut, sebaliknya terus menghentam dirinya di media sosial.
Jannah berharap PU Syed menggunakan gelaran yang diberikan dengan baik dan tidak menegur dengan kata-kata keji untuk meraih perhatian.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments