Datuk Seri Aliff Syukri sekali lagi dikecam netizen apabila dengan sengaja dilihat melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), apabila memuat naik gambar percutian bersama anak-anak di Janda Baik, Pahang.
Aliff turut berkata dia sangat gembira kerana dapat pulang ke kampung untuk makan bersama anak-anak di kediaman ibunya, Rozita Ibrahim.
Rata-rata netizen bengang dengan tindakan jutawan kosmetik itu, perkara ini adalah tidak adil bagi mereka dan mahu pihak Polis Diraja Malaysia untuk ambil tindakan seadilnya.
“Kenapa netizen suka cari salah saya? Itu adalah gambar lama”
Bagaimanapun, Aliff menerusi akaun Instagramnya memuat naik video penjelasan mengenai isu tersebut. Dia menafikan dakwaan melanggar arahan PKP, katanya foto serta video percutian bersama anak-anak yang dimuat naik adalah rakaman lama sebelum bermulanya tempoh PKP.
Aliff tidak faham mengapa netizen sering mencari kesalahannya, apa yang dia lakukan pasti ada yang tidak kena dan mencetuskan kontroversi.
“Boleh pula anak-anak dari Kota Damansara sampai sana, macam mana boleh lepas?”
Namun, rata-rata netizen masih tidak berpuas hati. Menerusi video penjelasan yang dimuat naik, secara terang-terangan anak-anak memang bersama dengannya sedangkan ketika permulaan tempoh PKP mereka duduk dengan isterinya, Datin Seri Nur Shahida di Kota Damansara.
Sekali lagi, netizen mempertikaikan bagaimana usahawan itu boleh kemana-mana sahaja bersama anak-anak dan tidak ditahan oleh pihak berkuasa.
Tinggal beberapa hari sahaja lagi tempoh PKP tahap 2 akan tamat, marilah kita sama-sama bersikap positif dalam mematuhi arahan dari pihak kerajaan untuk segera menghentikan penularan wabak COVID-19.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments