#Hiburan: Elfira Loy Terlupa Masak Nasi Hari Pertama Berbuka Puasa

Ramadan pada tahun ini cukup istimewa buat Elfira Loy kerana ini merupakan kali pertama dia menyambutnya bertiga bersama suami dan cahaya mata sulungnya. Oleh sebab itu, dia begitu teruja menyediakan juadah yang cukup istimewa pada hari pertama berbuka puasa.

elfira loy lupa masak nasi berbuka puasa

Menariknya, Elfira mempunyai kisah lucu yang ingin dikongsikan apabila semua lauk sudah terhidang dan ketika sedang menunggu azan Maghrib, dia baru menyedari terlupa untuk menanak nasi.

Terpaksalah semua ahli keluarganya berbuka puasa dengan kurma dan air terlebih dahulu serta menunaikan solat Maghrib sebelum menikmati juadah tersebut.

elfira loy lupa masak nasi berbuka puasa

Kata Elfira, dia merasa sangat malu kerana sebelum itu dia sangat teruja untuk menjamah lauk yang dimasaknya.

Terhibur dengan cerita Elfira, rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman lucu masing-masing ketika berpuasa.

elfira loy lupa masak nasi berbuka puasa elfira loy lupa masak nasi berbuka puasa elfira loy lupa masak nasi berbuka puasa elfira loy lupa masak nasi berbuka puasa elfira loy lupa masak nasi berbuka puasa

Apa pula pengalaman lucu korang ketika puasa?


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments