Baru-baru ini, viral video memaparkan beberapa orang kanak-kanak ditahan polis kerana keluar dan bermain beramai-ramai sewaktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Gelagat kanak-kanak itu yang begitu takut “disakat” oleh anggota polis itu dikongsikan oleh beberapa portal popular dan turut mendapat perhatian penyanyi Ning Baizura.
Komen budak-budak miskin siap dengan emoji ketawa
Namun, komen Ning menimbulkan rasa kurang netizen apabila seakan menghina kanak-kanak tersebut miskin kerana dilihat tidak memakai selipar.
“Tak baik cakap macam tu. Kaya boleh beli kebahagiaan ke?” – Netizen
Rata-rata netizen bengang dengan komen kurang sensitif Ning itu yang langsung tidak kelakar dan menghina orang lain.
Kita fikir positif sahaja. Mungkin Ning tiada niat untuk menghina sesiapa dan hanya tersalah menggunakan emoji ketawa.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments