Pemergian pelawak Allahyarham Abam Bocey benar-benar memberikan kesan yang begitu mendalam terhadap keluarganya. Ramadan pada tahun ini tentunya sangat berbeza buat mereka.
Mengakui terasa satu kehilangan yang cukup besar, Ali Puteh berkongsi keadaan ibunya, Sabariah Arshad yang sering kali teringat pada arwah anak tercinta dan termenung setiap kali hendak berbuka puasa.
Ali berkata bukan sahaja ibunya, malah mereka sekeluarga turut rindu dengan kehadiran Abam dan bagaikan terbayang arwah ada bersama apabila tiba waktu berbuka.
Setiap kali hendak berbuka puasa, emak mesti termenung. Bukan emak sahaja, kami sekeluarga rindu kehadiran arwah terutama pada bulan Ramadan.
Setiap kali Ramadan tiba, kami adik-beradik berkumpul di rumah arwah untuk berbuka. Kebetulan emak tinggal bersama abang. Apabila berkumpul, memang terasa kemeriahannya. Apabila tiba waktu berbuka puasa, bagaikan terbayang arwah ada bersama.
Melihat emak yang sentiasa termenung, lagilah sedih. Apa yang boleh saya katakan kepada emak hanyalah meminta dia mendoakan kesejahteraan arwah dan reda dengan apa yang berlaku.
Pada masa yang sama, Ali memberitahu sejak Allahyarham abanya pergi, kesihatan ibunya semakin merosot. Penglihatan semakin kabur mungkin kerana terlalu kerap menangis kerana rindukan arwah.
Sebelum ini, emak ada masalah kaki sehingga terpaksa dibedah. Sekarang, penyakit lamanya datang kembali. Kaki menjadi bengkak sehingga terpaksa duduk di kerusi roda setiap masa.
Penglihatan emak juga semakin kabur akibat kerosakan kornea. Mungkin ini berpunca apabila dia kerap menangis selepas pemergian arwah.
Pada 10 Februari lalu, dunia hiburan dikejutkan dengan berita Abam meninggal dunia selepas mengalami demam panas selama dua hari.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments