Retak menanti belah, kontroversi rumah tangga Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Nur Shahida semakin rancak diperkatakan. Menguatkan spekulasi pasangan ini bakal berpisah adalah tindakan ibu Aliff iaitu Bonda Rozita Ibrahim yang tidak lagi mengikuti akaun Instagram menantunya.
Lebih panas, netizen sudah mula spekulasi nasihat-nasihat yang dimuat naik oleh Bonda Rozita seolah-olah ditujukan kepada menantunya itu.
“Jangan harap kesetiaan dari orang yang tak boleh jaga diri”
“Sepatutnya bonda jernihkan keadaan, kata menantu kesayangan”
Perkongsian yang dimuat naik oleh Bonda Rozita mendapat reaksi kurang senang dari netizen yang mendakwa ia ditujukan buat Shahida. Kata mereka, sebelum ini dia memuji menantunya dan sepatutnya dalam keadaan begini, Bonda Rozita harus menjernihkan keadaan dan bukannya memuat naik kenyataan sebegitu.
Terdahulu, Shahida berkata dia langsung tidak tahu menahu mengenai tindakan ibu mentuanya ‘unfollow’ akaun Instagramnya dan sejujurnya dia tidak ambil pusing mengenai perkara itu.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments