#Hiburan: Netizen Dakwa Janna Nick Kahwin Lari Tahun Lalu Di Selatan Thai?

Satu perkongsian di laman sosial Twitter mengundang persoalan apabila ada seorang individu mendakwa aktres Janna Nick dan kekasihnya, pelakon berdarah kacukan, Dini Azan Schatzmann telah berkahwin di selatan Thailand pada tahun lalu.

janna nick kahwin lari

Individu yang menggunakan nama @munafiqburner turut memuat naik keratan yang memaparkan maklumat peribadi mereka, termasuk nama penuh dan nombor kad pengenalan. Malah, dapat jelas dilihat menerusi keratan itu yang menyatakan Janna dan Dini telah melangsungkan perkahwinan di daerah Satul iaitu di selatan Thailand pada 10 Jun 2019. 

Bukan itu sahaja, agak mengejutkan apabila individu itu turut mendakwa pasangan itu kahwin lari.

janna nick kahwin lari janna nick kahwin lari

Apa-apa pun, kita tunggu sahaja penjelasan lanjut daripada Janna dan Dini sendiri agar tidak timbul lagi sebarang spekulasi liar.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments