#Hiburan: Ruhainies Sudah Biasa Berjauhan Dengan Teman Lelaki

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, pastinya ada pasangan bercinta yang sangat merindui kekasih mereka, iyalah sudah tidak boleh berjumpa dan bermanja. Meskipun sudah lama tidak berjumpa teman lelakinya ketika PKP, Ruhainies bagaimanapun berkata ia tidak menjadi masalah buat mereka.

ruhainies teman lelaki

Katanya, dia sudah terbiasa dengan situasi tersebut memandangkan mereka memang sejak awal lagi bercinta jarak jauh berikutan kekasihnya itu sebelum ini menetap di London. Namun Ruhainies berkata, kekasihnya kini sudah menetap di Kuala Lumpur.

Mestilah rindu dekat buah hati tapi mungkin sebab kami dah biasa Long Distance Relationship jadi apabila tempoh PKP ini tak terasa sangat. Sebelum ini pun kami berjauhan, dia bekerja di London dan saya di Malaysia, jadi ia bukan isu besar bagi kami.

ruhainies berjauhan teman lelaki

Sekarang ini dia sudah menetap bersama keluarga di Kuala Lumpur tapi disebabkan PKP, duduk rumah sahaja. Tapi cara kami lepaskan rindu, setiap hari kami buat panggilan video, telefon dan berborak sampai malam. Jadi memang tak ada masalah langsung!.

Dalam pada itu, Ruhainies berkata perlaksanaan PKP ini ada hikmah buatnya kerana kini dia boleh meluangkan masa bersama semua ahli keluarga. Malah, dia juga tidak sabar untuk menyambut Ramadhan kerana mereka semua dapat kumpul bersama dan tentunya ia tahun yang paling bermakna buat mereka sekeluarga.

ruhainies berjauhan teman lelaki

Zaman sekarang ini, kekasih boleh ada dengan kita 24 jam. Boleh sahaja buat panggilan video dan meluahkan rasa rindu yang tidak terhingga.

Sumber Berita : mStar Online


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments