Sejak kebelakangan ini, pelbagai pihak melemparkan kecaman dan kritikan terhadap usaha bantuan dilakukan oleh pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew. Namun, ramai yang berharap agar dia tidak putus asa dan menyokong segala usaha murninya itu.
Bagaimanapun, ada pula pihak yang begitu dengki dan sanggup melaporkan niat baik Ustaz Ebit Lew kepada pihak polis. Menyebarkan pelbagai fitnah terhadap dirinya.
Susulan itu, Ustaz Ebit Lew membuat pengumuman mengejutkan dimana dia terpaksa berhenti menyalurkan bantuan buat sementara waktu setelah mendapat nasihat daripada pihak berkuasa.
Pada masa yang sama, Ustaz Ebit Lew memohon maaf sekiranya apa dilakukannya mengguris hati orang ramai kerana niatnya hanya ingin membantu.
Kerja amal oleh Ustaz Ebit Lew memberikan satu makna yang besar kepada golongan yang memerlukan. Setiap bantuan besar mahupun kecil sekurang-kurangnya dapat memberi keceriaan kepada mereka yang terkesan akibat penularan wabak COVID-19. Belum tentu ada orang lain yang mempu melakukan perkara yang sama. Kami harap dia kekal tabah menghadapi ujian ini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments