#Hiburan: Usop Wilcha Mohon Izin Polis Mahu Ludah Muka Ustaz Abu Syafiq

Sejak kebelakangan ini, Ustaz Abu Syafiq terpalit dengan pelbagai kontroversi. Terbaru, dia sekali lagi membangkitkan kemarahan ramai apabila ingin menghapuskan tulisan Cina. Rata-rata netizen berpendapat tindakannya itu hanya akan mencetuskan perselisihan faham dan mengganggu perpaduan antara kaum.

usop wilcha ludah muka ustaz abu syafiq

Video itu turut mendapat reaksi pelakon Usop Wilcha yang secara berseloroh memohon kepada pihak  polis untuk meludah dan menghumban Ustaz Abu Syafiq ke dalam sungai sekiranya dirinya bertembung dengan pendakwah bebas itu.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan apakah motif sebenar Usop memuat naik kenyataan terbabit. Namun, dia ada berkongsi sekeping foto Ustaz Abu Syafiq daripada video tular mengenai pendakwah itu yang mencadang mahu hapuskan tulisan Cina.

usop wilcha ludah muka ustaz abu syafiq

Terdahulu, Ustaz Abu Syafiq didakwa ingin menghapuskan tulisan Cina di Malaysia dengan membuang dan mengoyakkan keratan akhbar atau papan-papan tanda yang mengandungi tulisan tersebut.

Katanya, tindakan itu wajar kerana kita di Malaysia mempunyai bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments