#Hiburan: Saya Tak Pernah Burukkan Ida, Dia Tetap Menantu Saya – Bonda Rozita Ibrahim

Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila netizen mula mengaitkan pengasas kosmetik Bonda Rozita Ibrahim, dalam isu rumah tangga anaknya iaitu Datuk Seri Aliff Syukri dan juga Datin Seri Nur Shahida. Lebih panas, netizen juga spekulasi nasihat-nasihat yang dimuat naik oleh Bonda Rozita seolah-olah ditujukan kepada menantunya.

bonda rozita ibrahim unfollow menantu

Terbaru, Bonda Rozita menegaskan hubungannya dengan menantu masih baik dan tidak timbul sebarang isu. Dia bengang apabila ada pihak yang cuba melaga-lagakan hubungan mereka.

Pada masa yang sama, dia merasa begitu pelik mengapa tindakannya ‘unfollow’ akaun Instagram Shahida baru-baru ini menjadi satu isu yang hangat sehingga diperkatakan ramai.

bonda rozita bergaduh menantu bonda rozita ibrahim shahida bonda rozita ibrahim unfollow menantu

Rumah tangga Aliff dan Shahida dikatakan berantakan sejak beberapa bulan lalu selepas kedua-duanya dikatakan saling tidak mengikuti akaun Instagram masing-masing. Tidak lama kemudian, Bonda Rozita pula dikatakan turut ‘unfollow’ menantunya dan  seakan-akan memberikan bayangan punca keretakan rumah tangga pasangan itu.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments