Sekali bila sebut perkara yang salah, pasti akan terus diperkatakan ramai. Itulah yang berlaku kepada Janna Nick ketika mengendalikan program hiburan Melodi semalam.
Janna tampil membuat permohonan maaf secara terbuka di atas kekilafannya yang terlanjur kata ketika mengulas berita mengenai Puteri Aishah yang disahkan positif COVID-19 baru-baru ini.
Dia tersalah menggunakan perkataan iaitu “Bagus juga sebenarnya apabila ada dalam kalangan public figure dijangkiti coronavirus ni” yang telah menimbulkan rasa kurang senang netizen.
Masih lagi baru dalam dunia pengacaraan, Janna mengakui dia menggunakan perkataan tidak sesuai sehingga penonton salah tafsir tentang maksud sebenar yang cuba disampaikan.
Minta maaf, saya orang baru dalam pengacaraan. Ayat yang patut diubah adalah perkataan ‘bagus’ itu.
Sepatutnya (guna perkataan) ‘sekurang-kurangnya’ apabila ada public figure terkena COVID-19 supaya penonton dapat tahu keadaan sebenar dan dapat create awareness bahaya virus ini. Saya minta maaf sangat-sangat salah guna perkataan
Dalam pada itu, selepas insiden berkenaan, pengacara bersama iaitu Awal Ashaari mengakui Janna sebenarnya ingin menyampaikan mesej berbeza kepada penonton.
Dia salah pentafsiran, kalau kita membawang sesama kita, saya faham! Tapi maksud Janna orang yang kena Covid boleh kongsi pengalaman supaya kita tahu betapa serius dan bahayanya wabak ini. Itu maksudnya. Janna pun dah minta maaf, bolehlah drop topik ini.
Biasalah, bila mengacara program secara langsung, ada kalanya akan buat silap. Janna pun sudah minta maaf dan harapnya tiada lagi pihak mengkritiknya.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments