Setelah lama berahsia, teka-teki mengenai status diri Mira Filzah akhirnya terjawab apabila tuan empunya badan mengesahkan dirinya sudah mempunyai teman lelaki. Malah, kedua-dua keluarga telah pun bertemu bagi membincangkan mengenai hubungan mereka.
Perkara itu didedahkan oleh Mira menerusi program bual bicara santai bersama Ustazah Asma’ Harun di laman Facebook semalam. Dia menjawab pertanyaan tentang teman lelaki dan desas-desus dia sudah mengikat tali pertunangan.
Iya. Dah berpunya! Bertunang? Kiranya tapi sudah berjumpa dan berbincang sesama keluarga.
Selepas medengar jawapan dari Mira, ustazah Asma menjelaskan bahawa dalam agama Islam, persetujuan sesama keluarga merupakan antara tanda ikatan pertunangan.
Dalam Islam, kalau dah ada persetujuan itu kira dah bertunanglah tu. Dah ada ikatan perjanjian persetujuan dengan keluarga cuma mungkin dari sudut adat belum lagi.
InsyaAllah kita doakan Allah mempermudahkan tahun 2020 ni juga Mira akan bergelar isteri mendirikan rumah tangga.. Kita sama-sama doakan.
Terdahulu, Mira memilih untuk berdiam diri selepas timbul gosip mengatakan dia sudah dirisik dan bakal melangsungkan pertunangan pada bulan September depan bersama Wan Emir Astar, seorang arkitek yang juga anak kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datin Mastura Mohd Yazid. Mereka juga dikhabarkan akan disatukan sebagai suami dan isteri sekitar bulan Oktober tahun ini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments