Pejam celik pejam celik sudah hampir sebulan kita menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Sepanjang PKP ini ramai yang ada masa terluang untuk belajar memasak, menonton drama-drama kegemaran serta bermesra dengan keluarga tercinta. Namun ada juga sebahagian daripada kita yang tak tahu nak buat apa sehingga kebosanan. Tidur, bangun, makan, tidur, bangun makan. Boleh naik gila dibuatnya!!!
Hari ini, kami nak ajak anda semua menghilang KEBOSANAN dengan sama-sama kita bersenam. Banyak faedah bersenam ini seperti menguruskan badan, mencerdaskan otak kita, meningkatkan keyakinan diri dan banyak lagi lah. Tak ada alasan “tak cukup masa” untuk tidak bersenam kerana kita memang ada banyak masa sepanjang PKP ini. Untuk lebih efektif , kenalah ditemani dengan HUAWEI Watch GT2e serta applikasi yang boleh dimuatturun menerusi AppGallery untuk membantu kita bersenam.
Dengan kehadiran applikasi-applikasi ini, anda cuma perlu ikut sahaja teknik dan cara senaman yang disarankan. Sekali lagi diingatkan untuk tidak lupa memakai HUAWEI Watch GT2e ketika bersenam untuk memantau pembakaran kalori, degupan jantung, jarak larian dan macam-macam lagilah. Antara applikasi-applikasi senaman best yang boleh ditemui di dalam AppGallery ialah:-
Fit
Applikasi senaman yang paling “hot” sekarang di AppGallery. Menyediakan lebih daripada 200 kursus senaman termasuklah cara membina otot, mengurangkan lemak, HITT, tabata dan banyak lagi. Siap ada gambar untuk postur senaman yang betul untuk mengelakkan daripada anda tercedera. Kalau anda semua nak tahu, AppGallery juga menawarkan lebih dari 600 jenis senaman, jadi anda pasti tidak kebosanan
30 Days Fitness Challenge
Direka khas oleh jurulatih dan pakar kecergasan, applikasi ini sesuai untuk kita yang terperap di dalam rumah sepanjang PKP ini. Kalau anda amalkan secara berterusan selama 30 hari, pasti akan ada perubahan pada fizikal dan mental anda. Cubalah!
7 Minute Workout
Ha, sehari ada 24 jam kan? Takkanlah tak boleh luangkan 7 minit je untuk melakukan senaman menerusi applikasi ini? Senaman selama 7 minit ini adalah berdasarkan HICT (high intensity circuit training) yang terbukti selamat, efektik dan effisien untuk menjadikan kita lebih cergas. Applikasi ini mengandungi 12 jenis senaman selama 30 saat dengan 10 saat rehat. Apa yang anda perlukan hanya sebuah kerusi dan dinding. Senang kan?
Home Workout
Applikasi ini mempunyai sistem pemantauan yang maju sekaligus dapat meningkatkan lagi motivasi anda untuk bersenam dengan lebih kerap. Confirm anda excited apabila melihat yang senaman anda membuahkan hasil.
Keep-Trainer
Nak cuba yoga? Nak lari atas threadmill? Nak bersenam untuk kuruskan badan atau nak bina otot? Ha, applikasi Keep- Trainer ini juga boleh membantu anda untuk mencapai sesuatu “fitness-goal” seperti mengurangkan berat badan atau untuk menambah otot supaya nampak lebih sado. Macam-macam kursus senaman tersedia di dalamnya, sekaligus membolehkan anda bersenam bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.
Lebih Selamat, Lebih Ruang Storan, Lebih Ganjaran. Dengan HUAWEI AppGallery
Kesemua applikasi ini adalah PERCUMA untuk dimuatturun di AppGallery. Jadi bersempena banyak masa terluang sepanjang PKP ini, download satu dan marilah kita mula bersenam. AppGallery mempunyai 4 lapisan perlindungan untuk memastikan kesemua applikasinya selamat untuk dimuatturun.
Tambahan pula, anda juga boleh jimat ruang storage dalam smartphone ada dengan memuatturun applikasi melalui HUAWEI AppGallery. Untuk pengguna Siri P40 dan MatePad Pro pula, anda akan diberi ruang storan sebanyak 50GB Huawei Cloud Storage secara percuma untuk 3 bulan. Memang cukup berbaloi!
Ia adalah peneman terbaik lebih-lebih lagi ketika kita semua tidak boleh keluar rumah. Dan jangan lupa untuk gunakan applikasi ini bersama dengan HUAWEI Watch GT2e untuk kesan yang lebih jitu.
HUAWEI Watch GT2e turut mempunyai 15 pilihan senaman professional yang boleh dipantau secara “real-time” termasuklah aktiviti memanjat, berlari, berenang berbasikal. Jam ini turut menyokong sistem posisi GPS dan GLONASS untuk mengesan aktiviti senaman outdoor anda. Selain itu HUAWEI Watch GT2e juga menyokong sehingga 100 jenis mod ataupun pilihan senaman.
Pre-order HUAWEI Watch GT2e anda sekarang sehingga 10 April dan bawa pulang hadiah PERCUMA bernilai RM69.
Kalau nak syok lagi, pre-order juga HUAWEI P40 Series untuk “Better Photography, Better Connectivity” bermula daripada RM2,799 dan bawa pulang hadiah PERCUMA lebih dari RM1,300.
Last but not least, anda juga boleh pre-order HUAWEI MatePad Pro yang dilengkapi dengan skrin FullView Display 10.8 inci beserta chipset Kirin 990 pada harga RM2,399 sahaja. Siap dapat hadiah percuma bernilai lebih daripada RM1,000 lagi.
Dapatkan semua hadiah-hadiah ini sebelum berakhirnya promosi pre-order pada 10 April 2020!
Senang cakap, banyak gila ah hadiah PERCUMA kalau korang pre-order salah satu produk terkini HUAWEI ini di SINI
Untuk maklumat lanjut layari, laman rasmi HUAWEI . Selamat bersenam!!!
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments