#Hiburan: Wak Doyok Mohon Maaf Salah Guna Lambang Diraja Johor

Sejak semalam kecoh diperkatakan di media sosial gara-gara sebentuk cincin yang dikaitkan dengan personaliti fesyen, Wak Doyok.

wak doyok cincin lambang diraja johor

Semuanya bermula selepas, Tunku Temenggong Johor iaitu Tunku Idris memuat naik foto yang memaparkan sebentuk cincin dengan ukiran lambang peribadi Sultan Johor. Baginda mempersoalkan apakah tujuan Wak Doyok menempah cincin tersebut dengan ukiran lambang diraja Johor.

wak doyok cincin lambang diraja johor

Menurut baginda, Wak Doyok perlu tampil menjelaskan perkara ini kerana ianya jelas telah melanggar undang-undang. Pesalah yang menggunakan lambang diraja bagi tujuan peribadi boleh dikenakan hukuman dan tindakan undang-undang.

Wak Doyok mohon maaf

wak doyok cincin lambang diraja johor

Terbaru, menerusi akaun Instagramnya Wak Doyok tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada kerabat Diraja Johor atas kecuaian dan kesilapannya menyalahgunakan lambang peribadi Sultan Johor.

Jelasnya, dia tidak mengetahui mengenai batas protokol diraja. Dia menyesali kesilapan yang tidak disengajakan itu dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.

wak doyok cincin lambang diraja johor

Untuk makluman anda, mana-mana individu yang menyalahgunakan lambang, gelaran dan anugerah atau replika untuk tujuan perdagangan, pekerjaaan atau persendirian tanpa kebenaran DYMM Sultan Johor adalah satu kesalahan yang besar. Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak kurang RM250,000 dan tidak melebihi RM500,000 atau penjara tidak kurang setahun dan tikda melebihi lima tahun.

Sumber Berita : Kerajaan Negeri Johor


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments