#Hiburan: Ayda Jebat, Nabil Mahir Sah Bertunang Secara ‘Online’

Meskipun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedang berkuatkuasa, ia sedikit pun tidak menghalang Ayda Jebat dan Nabil Mahir untuk melangsungkan pertunangan. Baru sahaja menerima lamaran kekasihnya pada Mac lalu, Ayda memaklumkan mereka sudah selamat bertunang pada Selasa secara ‘online’.

ayda jebat nabil mahir bertunang online

Ayda mengumumkan berita gembira tersebut menerusi akaun Instagramnya dan difahamkan pertunangan tersebut diadakan bersempena dengan ulang tahun kelahiran Nabil yang ke-32.

Lebih menarik, pasangan ini yang tampil sedondon mengenakan pakaian berwarna merah jambu turut memuat naik foto seolah-olah berada di tempat yang sama tetapi sebenarnya berada di lokasi yang berbeza.

ayda jebat nabil mahir bertunang online

Ayda berkata, meskipun tidak dapat bertentangan mata dan majlis itu diadakan secara ‘online’, namun dia tetap merasa bahagia serta bersyukur segalanya berjalan dengan lancar.

Perkongsian pasangan itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengucapkan tahniah dan mendoakan agar Ayda dan Nabil cepat-cepat naik pelamin.

ayda jebat nabil mahir bertunang online

Terdahulu, kisah cinta mereka menjadi perbualan hangat apabila Ayda berkongsi foto cincin lamaran yang diterimanya semasa ulang tahun kelahirannya yang ke-28 pada 17 Mac lalu.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments