Biarpun dikecam teruk susulan kenyataan kontroversinya sebelum ini, ikon fesyen dan pengasas tudung terkemuka, Datin Vivy Yusof tetap meneruskan aktiviti kebajikan dan berbakti kepada petugas barisan hadapan yang sedang melalui saat getir, bertungkus lumus mengekang penularan wabak COVID-19.
Demi menghargai segala jasa dan pengorbanan mereka, Vivy telah menyumbang 1,700 helai tudung jenamanya, dUCk Scarves buat petugas barisan hadapan yang berhijab. Tudung itu diperbuat daripada kain kapas berkualiti agar mereka semua tidak berasa panas semasa bertugas.
Menurut Vivy, dia terpanggil untuk menghulurkan bantuan khusus kepada golongan ‘frontliners’ muslimah selepas menerima banyak mesej daripada orang ramai berhubung keperluan tudung dalam melaksanakan tugasan mereka. Difahamkan, jumlah sumbangan yang diberikan bernilai RM255,000.
Sumbangan itu disalurkan menerusi badan bukan kerajaan (NGO), Pertubuhan IKRAM Malaysia.
Rata-rata netizen memuji usaha murni Vivy itu dan mengucapkan terima kasih atas sumbangan yang diberikan.
Semoga apa yang dilakukan oleh Vivy ini dapat menjadi contoh buat orang lain di luar sana. Sama-sama kita doakan agar segala urusan ‘frontliners’ dipermudahkan dan semoga penularan wabak COVID-19 dapat dilenyapkan.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments