Ketika ini, nama Ustaz Abu Syafiq cukup hangat diperkatakan oleh netizen berikutan beberapa isu sebelum ini, terkini muncul pula kontroversi baru melibatkannya dengan penceramah bebas dan personaliti TV, Amin Idris sehingga kes antara mereka bakal dibawa ke mahkamah.
Mesti ramai yang tertanya-tanya mengapa pula Ustaz Abu Syafiq tiba-tiba hendak menyaman Amin? Kes ini bermula berikutan isu status di Facebook pendakwah itu yang didakwa mengeluarkan kenyataan negatif terhadap Ustaz Ebit Lew, kemudian akaun Facebooknya dinyahaktif dan dia mengatakan akaunnya itu telah digodam.
Perkara itu mendapat perhatian Amin yang kemudiannya memberikan respon dengan memuat naik status menegur perbuatan Ustaz Abu Syafiq. Rata-rata netizen juga bersetuju dan menyokong apa yang dikatakan oleh Amin.
Tiba-tiba suruh minta maaf
Bagaimanapun, Amin memaklumkan dia menerima mesej daripada peguam mewakili Ustaz Abu Syafiq yang menggesanya untuk meminta maaf secara terbuka dan turut didakwa akan menyamannya jika tidak berbuat sedemikian.
Alasan yang diberikan, apa yang ditulis oleh Amin membuatkan pendakwah itu menerima pelbagai kecaman, ugutan dan komen sinis yang menjatuhkan reputasinya.
Ustaz Abu Syafiq tuntut saman RM1 juta
Difahamkan, Amin diberi masa selama tujuh hari untuk membuat permohonan maaf tersebut dan dia turut dituntut untuk membayar wang ganti rugi sebanyak RM1 juta.
Namun, Amin tidak gentar dengan tuntutan itu dan sedia bersemuka dengan Ustaz Abu Syafiq di mahkamah.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments