Dek kerana wabak COVID-19 yang menimbulkan kerisauan dalam kalangan rakyat Malaysia, habis semua item perlindungan licin disapu. Antara barangan tersebut yang kini menjadi rebutan ramai ialah cecair pembasmi kuman dan juga topeng muka.
Disebabkan itu, ramai artis tanah air yang mengambil kesempatan ini untuk memasarkan produk mereka berdasarkan kepada keperluan itu. Hal ini untuk membantu rakyat Malaysia yang sukar untuk mendapatkannya kerana stok yang sentiasa terhad.
Terbaru, Dato’ Aliff Syukri juga turut ikut serta dengan ‘trend’ bisnes ini dan mula menjual topeng muka buat yang memerlukannya. Pun begitu, niat baik lelaki itu menerima kecaman ramai kerana kejahilannya dalam menguruskan barangan penting tersebut.
Bayangkan usahawan ini memegang topeng muka itu secara terus menggunakan tangannya tanpa sebarang pelindungan, lantas secara tidak langsung memindahkan kuman daripada kulitnya kepada topeng muka yang baru itu tanpa disedari.
Unhygienic. Pegang mask depan belakang with bare hands. Wearing mask improperly. What’s up with the other mask on his leg? Tolonglah hire educated person as your advisor, dato aliff. You’re too carefree. https://t.co/SPV0HCxLPL
— AY #StayAtHome (@aimdfkying) April 15, 2020
Bahkan mereka juga menegur Aliff Syukri yang sewenangnya menempatkan lambakan topeng muka itu di sekitar kakinya selain tidak menunjukkan etika yang betul dalam pemakaian item perlindungan itu.
Netizen tanpa lengah terus menyerbu lelaki itu dan mengkritiknya kerana tidak mempunyai ilmu yang cukup untuk menguruskan perniagaan berkaitan dengan barangan sensitif itu dan hanya memikirkan keuntungan sahaja.
Nampaknya, bertimpa-timpa kontroversi yang terpaksa dihadapi oleh Dato’ Aliff Syukri sepanjang minggu ini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments