#Hiburan: PU Abu Dikecam Main TikTok

Tindakan pendakwah bebas, Pencetus Ummah Abu (PU Abu) memuat naik video menari TikTok di laman Instagramnya telah mengundang kritikan netizen.

pu abu tiktok

Menerusi kapsyen video berkenaan, Abu memberitahu bahawa dia hanya menyahut cabaran Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad. Menurutnya lagi, TikTok hanya sekadar hiburan sahaja selain mampu merapatkan hubungan sesama insan.

“Aku buat ni suka-suka je. Boleh rapatkan silaturahim” – PU Abu

pu abu tiktok

“Mana maruah sebagai penuntut ilmu agama, tak layak digelar PU”

pu abu tiktok pu abu tiktok pu abu tiktok pu abu tiktok

Rata-rata netizen meluahkan rasa kesal dan mengkritik tindakan itu tidak sesuai dengan Abu sebagai seorang pendakwah. Malah, ada juga segelintir netizen mengambil peluang ini untuk ‘menyerang’ Abu dengan bertanyakan soalan punca dia bercerai bersama bekas isteri.

Terdahulu, Abu pernah dihimpit kontroversi hangat dan menjadi bualan ramai  apabila bertindak menceraikan bekas isteri pertamanya, Ain ‘Afini  yag sedang sarat hamil anak sulung mereka dan memilih untuk bernikah dengan Hana Azraa. Mereka dikurniakan seorang bayi lelaki, Muhammad Adam Aysar pada 7 Jun tahun lalu.

pu abu cerai hana azraa

Baru-baru ini, Hana pula tampil mendedahkan dia dan pendakwah itu sudah sah bercerai. Mereka berkahwin pada Mei tahun lalu dan dan baru sahaja dikurniakan cahaya mata bernama Muhammad Uwais Al-Mateen pada 1 Februari lalu.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments