Setelah 11 hari dirawat di Hospital Sungai Buloh akibat jangkitan COVID-19, akhinrya pelakon cantik, Puteri Aishah berkongsi berita gembira apabila ujian saringan kedua mengesahkan dia bebas daripada wabak pandemik tersebut.

Menerusi video yang dimuat naik di akaun Instagramnya, Puteri Aishah menggeletar satu badan ketika menerima berita dirinya sudah sembuh dan daripada wajahnya dapat dilihat dia tidak dapat menyembunyikan rasa syukur tidak terhingga.
Dia juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang tidak berhenti mendoakan kesihatan dirinya dan juga doktor serta jururawat yang menjaganya sepanjang berada di hospital.
Rakan-rakan artis dan juga netizen turut memenuhi ruang komen dengan ucapan sykur keadaan Puteri Aishah telah pulih sepenuhnya dari wabak COVID-19.

Puteri Aishah dipercayai menerima jangkitan wabak itu selepas pulang dari penggambaran sebuah drama di Scotland pada 7 April lalu.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
Lepas 11 hari dalam ward, di Hospital Sg Buloh, pagi tadi pukul 12 pagi Puteri buat second swab, dlm tghhari tadi nurse kata Puteri negative! U are free from covid!! Saya berjaya lawan covid!
Alhamdulillah Syukur! Terima kasih semua sbb doakan Puteri dan terima kasih yg teramat sgt kepada semua nurse dan doctor yg jaga puteri, rawat puteri selama di sini..

#iWON #kitapastimenang #InShaAllah
0 Comments