#Hiburan: Saya Tawakal & Reda Untuk Terima Aliff Sebagai Suami – Bella Astillah

Akhirnya mengakui sudah pun kembali ke pangkuan bekas suaminya, Aliff Aziz ketika dalam tempoh iddah dan kini sedang hamil anak kedua, Bella Astillah mengesahkan mereka membuat keputusan untuk rujuk semula pada Julai tahun lalu. Lebih tepat lagi, kembali bersama selepas dua bulan bercerai.

bella astillah aliff aziz rujuk

Bagaimanapun, Bella tidak mahu mengulas lebih lanjut mengenai kisah rumah tangganya itu. Pada awalnya, dia cuba sebaik mungkin untuk merahsiakan perkara itu tetapi timbul pelbagai spekulasi sehingga ia berlanjutan.

Buat masa ini setakat itu saja saya mampu kongsi. Itu pun selepas beberapa hari berfikir. Saya rasa sudah memadai apa yang orang luar tahu sekarang. Selebihnya saya nak jalani hidup macam biasa.

bella astillah aliff aziz rujuk

Saya cuba yang terbaik untuk simpan perkara ini dari tahun lalu kerana tahu ini yang akan terjadi di mana artikel akan keluar berlanjutan tanpa usul periksa netizen.

Bukanlah saya yang nak menghebahkan, malah sudah belajar dari kesilapan lalu. Jika orang bercakap inilah akibatnya kalau suka mencanang hal rumah tangga, saya sebenarnya tidak pernah nak mencanang atau menagih simpati.

bella astillah rujuk aliff aziz kini hamil

Menurut Bella, tindakannya dahulu yang mendedahkan sikap suaminya yang beberapa kali ‘kantoi’ berlaku curang adalah semata-mata untuk memberi pengajaran kepada orang ketiga yang hadir merosakkan keluarga orang.

Tidak dinafikan ramai yang terkejut dengan keputusan Bella itu selepas apa yang terjadi, mereka bimbang sekiranya Aliff menimbulkan masalah lagi. Malah, ada mengecamnya kerana masih ingin terus menyeksa diri menerima lelaki yang sebelum ini sudah banyak melukakan hatinya.

bella astillah rujuk aliff aziz kini hamil

Jelas Bella, dia juga bukanlah seorang manusia yang sempurna dan tidak boleh memberi jaminan suaminya itu akan berubah. Namun, dia percaya semua manusia boleh berubah.

Saya bukan sempurna. Saya tidak alim. Saya bukan Tuhan untuk cakap Aliff sudah baik dan berubah. Saya tawakal dan reda untuk terima dia sebagai suami.

bella astillah rujuk aliff aziz kini hamil

Saya tak boleh jamin dia sudah baik sebab saya bukan malaikat. Dia kata nak berubah, kena aminkan. Saya sabar dan percaya manusia itu takkan sampai bila-bila jahat.

Dalam pada itu, menerusi siaran langsung di Instagram kelmarin, Bella seakan memberi bayangan akan bersalin pada Julai ini.

Terdahulu, pada Mei tahun lalu, pasangan ini mengambil keputusan untuk bercerai selepas Aliff beberapa kali kantoi curang.

Sumber Berita : Harian Metro


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments