Baru sahaja mengumumkan dirinya kini hamil empat bulan, Nur Fazura sudah mula mengidam makanan tertentu sebagai ibu mengandung.
Menerusi perkongsian di Twitter, Fazura memberitahu dia teringin sekali untuk menjamah ayam penyet dan turut meminta pengikutnya untuk mencadangkan lokasi terbaik yang menyediakan makanan asli Indonesia itu.
Malah, suami tercinta Fattah Amin turut meminta bantuan daripada netizen untuk memenuhi peminataan isterinya itu.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen begitu teruja dengan kehamilan Fazura dan turut mencadangkan beberapa lokasi yang menyediakan menu ayam penyet yang lazat. Mereka berharap agar permintaan aktres itu dapat ditunaikan.
Minggu lalu, Fazura mengesahkan dia kini hamil empat bulan selepas dua tahun mendirikan rumah tangga bersama Fattah. Pasangan tersebut dijangka akan menyambut kelahiran cahaya mata sulung mereka pada akhir tahun ini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments