Nampaknya pelakon Siti Elizad, menggunakan sebaiknya tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan membaca Al-Quran. Menerusi akaun Instagramnya, dia meluahkan rasa syukur kerana berjaya khatam sepanjang PKP ini.
Elizad berharap agar dapat memulakan sesi yang baru sempena ketibaan Ramadan tahun ini.
Turut memuat naik fotonya manis bertelekung di samping suami Shamsul Baharin, rata-rata netizen berharap agar Ramadhan ini akan memberikan keberkatan kepadanya. Malah, ada yang turut mendoakan agar pasangan ini dikurniakan zuriat.
Semoga doa Elizad dan suami akan dimakbulkan Allah SWT dan semoga mereka dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments