#Hiburan: Saya Tak Akan Mohon Maaf Sebab Saya Tak Buat Salah – Ustaz Abu Syafiq

Masih hangat diperkatakan mengenai isu berkenaan kerja amal yang dilakukan oleh Ustaz Ebit Lew telah mendapat tentangan beberapa pihak sehingga pendakwah itu dipanggil pihak polis Bukit Aman.

ustaz abu syafiq tidak akan mohon maaf

Antara nama yang sering dikaitkan dalam isu ini adalah Ustaz Abu Syafiq, yang didakwa memuat naik status di mempertikaikan cara Ustaz Ebit berkongsi mengenai sumbangan yang disalurkan. Menurutnya, berkongsi gambar dan video orang miskin yang susah adalah perbuatan haram kerana dikhuatiri boleh mengaibkan mereka.

Terbaru, dalam satu temu bual telefon yang dibuat oleh bekas wartawan TV3, Ryzal Ibrahim, Ustaz Abu Syafiq tampil mempertahankan diri dan menjelaskan bahawa status tersebut tidak ditujukan kepada Ustaz Ebit.

Masa saya tulis tu, demi Allah saya tak tahu Ebit masukkan dalam Facebook sebab saya tak follow dia. Saya tak tahu langsung, saya tak tuju kepada dia dan saya tak tahu langsung.

Tapi ada orang ambil statement saya kata Ustaz Abu Syafiq kutuk Ebit Lew. Kemudian baru saya tahu Ebit letak gambar. Saya tak tahu sebelum itu. Tak ada kaitan dengan Ebit Lew sebenarnya.

ustaz abu syafiq sindir ustaz ebit lew

Dalam pada itu, Ustaz Abu Syafiq juga menegaskan tiada keperluan untuknya meminta maaf kerana dia tidak melakukan apa-apa kesalahan.

Kalau saya ni sengaja nak tuju kepada dia dan timbul pula isu macam ni, memang saya rasa bersalah. Tapi saya tak tuju kepada dia pun. Saya tidak akan mohon maaf sebab saya tak buat salah.

ustaz abu syafiq tidak akan mohon maaf ebit lew

Terdahulu, meskipun tidak menyatakan status itu ditujukan kepada siapa, namun netizen membuat andaian bahawa kenyataan berkenaan ditujukan kepada Ustaz Ebit. Rata-rata netizen kurang senang dengan apa yang dikatakan olehnya dan mengecam Ustaz Abu Syafiq.

Sumber Berita : mStar Online


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments