Walaupun tidak mengadakan majlis seperti biasa dan dengan meriah, pelakon Ayda Jebat mengaku pengalaman mengikat tali pertunangan bersama pengacara Nabil Mahir secara ‘online’ tetap menggembirakan dan dia terasa sangat bahagia kerana dapat merealisasikan kehendak keluarga mengikut adat.
Menurut Ayda, pada awalnya mereka ada memikirkan untuk menangguhkan pertunangan ekoran PKP, namun keluarga meminta agar ia disegerakan.
Sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), kami memang terfikir untuk tunda bertunang, tapi keluarga Nabil mahu majlis ini berlangsung dengan cepat.
Kalau boleh, mereka mahu kami bernikah secepat mungkin, tidak mahu tunggu lagi. Jadi, bagi menghormati permintaan keluarga, saya dan Nabil tampil dengan idea menganjurkan majlis bertunang secara dalam talian sempena sambutan ulang tahun kelahiran Nabil ke-32.
Ayda berkata, dia sudah bersedia untuk bergelar isteri dan tarikh perkahwinan mereka juga sudah ditetapkan. Bagaimanapun, dia buat masa ini belum dapat berkongsi butiran lanjut dan akan diberitahu kelak.
Tarikh sudah ditetapkan tapi masih belum dapat saya kongsikan. Jangan risau, kami akan umumkan nanti.
Memang saya mengharapkan hubungan kami sampai ke tahap ini. Saya sudah bersedia untuk bergelar isteri dan tidak mahu membuang masa. Saya juga sudah berusia 28 tahun, tidak terlalu muda dan tidak terlalu tua untuk berkahwin.
Penyanyi dan pelakon itu membuat keputusan untuk bertunang dan menamatkan zaman bujang dengan Nabil selepas hampir setahun mereka berkenalan. Terdahulu, Nabil melamar Ayda pada malam sambutan hari jadinya yang ke-28 pada 17 Mac lalu.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments