Selepas Puteri Aishah dan lapan kru termasuk pengarah yang menjalani penggambaran drama berjudul Demi di Inverness, Scotland bulan lalu disahkan positif COVID-19, kini seorang lagi pelakonnya iaitu Ashraf Muslim disahkan turut dijangkiti virus berkenaan.
Setelah sekian lama berdiam mengenai keadaan dirinya, Ashraf akhirnya berkongsi berita itu menerusi akaun Instagram tengah hari tadi. Dia meluahkan rasa sedih sewaktu menerima keputusan tersebut dan turut memohon orang ramai mendoakan yang terbaik untuknya.
Difahamkan, dia kini sedang dirawat di sebuah hospital kerajaan tetapi tidak mendedahkan secara terperinci lokasinya.
0 Comments