Pelakon Oktovia Manrose nampaknya mewarisi bakat bapanya yang merupakan ‘Raja Dangdut’ iaitu Iwan.
Ini berikutan dia kini bergelar penyanyi apabila dia dikhabarkan berkolaborasi bersama kumpulan Bimasakti menerusi projek single berjudul Biar Aku Simpan terbitan syarikat rakaman, Life Records.
Difahamkan, single tersebut telah dilancarkan pada 5 Mac yang lalu dianggap sebagai pengenalan buat dirinya setelah lapan tahun bergelumang dalam bidang seni.
View this post on Instagram
“Ikutkan, saya memendam minat menyanyi sejak sekian lama. Saya sedar ada bakat tapi perlu diasah. Sebelum ini, saya pernah diberikan peluang menyanyi, cuma saya tidak mahu terburu-buru.”
Oktovia juga sebelum ini sudah beberapa kali merakamkan lagu runut bunyi untuk beberapa drama tempatan.
Kakak kepada pelakon Aprena Manrose ini juga berkata bahawa banyak menimba pengalaman dan mempelajari teknik lontaran suara menerusi projek kolaborasi bersama kumpulan Bimasakti.
View this post on Instagram
Oktovia tau nama sebenarnya Wan Syamira Putri Oktovia Wan Syahman itu berkata lagi, dia juga turut menjadi model kepada muzik video lagu berkenaan.
Ibu kepada seorang anak, Muhammad Rayyan Zafariel itu tidak menolak jika dia lebih bernasib baik dalam bidang nyanyian selepas ini berbanding dunia lakonan.
Lebih meminati irama lagu bergenre hip hop, R&B, pop dan balada, Oktovia kini berada di Pulau Langkawi kerana sedang melunaskan penggambaran drama Hari Kita Jatuh Cinta yang kini ditayangkan di saluran Awesome TV.
The post Warisi Bakat Bapa, Pelakon Oktovia Manrose Kini Bergelar Penyanyi first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments