Umum mengetahui bahawa Zarina Anjoulie dan Eilyas Azhar sudah rujuk semula, tidak sampai sebulan mereka membuat keputusan untuk berpisah. Berita itu nyata disambut baik oleh orang ramai memandangkan mereka yang kelihatan secocok bersama.
Pun begitu, dalam kegembiraan tersebut, masih ada manusia yang iri hati dan cuba mengganggu hubungan suami isteri ini. Daripada entri yang dimuat naik di IG Story Zarina, dia dan Yas meminta segelintir individu supaya tidak menghantar mesej buruk di Instagram lelaki itu.
“Yas dah rujuk balik dengan Anju. Terima kasih untuk yang mendoakan dan pada mana-mana kata kesat dan kata-kata buruk terhadap isteri saya yang dicintai ini, hentikanlah. Hentikan, hidayah itu milik Allah. Pada yang DM dan hina isteri saya ini dekat saya, tolonglah stop.”
Advertisement
Anju juga turut mempersoalkan motif sesetengah individu yang meninggalkan komen buruk mengenai dirinya pada Yas.
“Korang nak Yas buat apa, bila kau kutuk-kutuk akan dekat DM dia, dekat page Yas. Kau nak aku buat apa? Kau nak Yas buat apa? Kau nak Yas tinggalkan aku dan kahwin dengan kau? Itu ke yang kau nak?”
Jelasnya, jodoh itu di tangan Tuhan. Maka, tiada siapa yang dapat mempersoalkannya.
“Kalau seribu orang datang kutuk aku dekat Yas, kalau dia nak dengan aku, nak jugak. Kalau seribu orang datang puji aku dekat Yas, kalau Yas tak nak, tak nak jugak. Itu semua jodoh di tangan Tuhan. Korang kutuk macam mana pun, kalau dia dengan aku, dia dengan aku, faham tak?”
Kenapa lah nak kacau rumah tangga orang lain?
The post “Tolong Henti Hina Isteri Dekat DM Saya” – Zarina Anjoulie Dan Suami Persoal Motif Tulis Mesej Buruk first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments