Pelakon kelahiran seberang tambak, Atikah Suhaime berkata bahawa dia sama sekali tidak akan menerima tawaran berlakon watak antagonis yang tidak logik atau digambarkan sebagai benar-benar jahat.
View this post on InstagramAdvertisement
Menurut Atikah menerusi sebuah hantaran di Instagram Story miliknya baru-baru ini menjelaskan bahawa dia berasa bosan dengan watak klise perampas dan juga skrip lemah yang disediakan oleh sesebuah pernerbitan drama
Selain itu, Atikah juga katanya tidak mahu membawa watak jahat bertudung yang baginya hanya akan menjejaskan imej wanita Islam yang sebenar.
“Asyik-asyik perampas suami orang..kemudian pakai tudung serta lemah-lembut dan alasannya selalunya lemah kerana dia nakkan harta. Asyik-asyik perampas laki orang tapu tak ada motif kuat untuk dia jadi jahat. Lebih teruk, sejak akhir-akhir ini mereka sering dipersembahkan dengan watak antagonis yang bertudung dan lemah-lembut.”
Meskipun dirinya kini mengalami masalah kewangan akibat perlaksanaan PKP yang menjejaskan pendapatan akibat kurang tawaran berlakon, Atikah berkata dia menerima banyak skrip untuk watak antagonis tapi tiada sebab yang kuat baginya untuk menjadi jahat.
View this post on Instagram
Terdahulu, pelakon berusia 29 tahun itu sering menerima tawaran berlakon watak antagonis sehingga karakter tersebut ‘melekat’ dengan dirinya.
“Biasanya skrip yang saya dapat watak antagonis tidak kuat untuk dia betul-betul menjadi jahat. Kamu tak boleh terus dilahirkan untuk menjadi jahat kan? mesti ada sebab yang kukuh. Entahlah.”
Akhiri Atikah, dia akan menerima watak antagonis hanya jika ada motif kuat untuk seseorang menjadi jahat dalam skrip tersebut.
The post Tak Mahu Bawa Bawa Watak Jahat Berhijab, Atikah Suhaime Rela Tiada ‘Job’ first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments