Pasangan artis yang baru sahaja mendirikan rumah tangga Jumaat lalu, Isa Khan dan Risteena akhirnya menarik nafas lega apabila majlis perkahwinan mereka berjalan dengan lancar setelah terpaksa ditangguhkan gara-gara perlaksanaan PKP.
View this post on InstagramAdvertisement
Jelas Isa, hanya 15 orang tetamu dibenarkan hadir yang terdiri daripada ahli keluarga terdekat ketika majlis akad nikah.
Tambahnya lagi, dia menunaikan permintaan Risteena dengan menyerahkan wang hantaran sebanyak RM32,000.
View this post on Instagram
“Untuk kahwin saya beri RM1000 manakala wang hantaran adalah RM32,000. Jumlah wang hantaran itu merupakan simbolik usia Risteena pada tahun ini iaitu 32 tahun. Wang hantaran itu merupakan atas permintaan dia juga.”
Advertisement
Pasangan ini ditemui ketika majlis resepsi bersama keluarga dan rakan media yang bertempat di Ballroom, Quill City Mall, Kuala Lumpur pada malam semalam.
Risteena yang juga ditemui turut ditanyakan mengapa mereka berdua tidak meneruskan akad nikah yang boleh sahaja diadakan di pejabat agama pada tahun lepas.
View this post on Instagram
Jelas pelakon wanita ini, suaminya itu memang berniat untuk menghalalkan hubungan secepat mungkin namun mereka mempunyai perancangan yang tersendiri.
“Tapi kenapa kami perlu nikah atas disebabkan orang lain yang suruh. Ia akan membuatkan kita sendiri tak gembira. Kita nak kahwin dengan suasana yang happy dan berkongsi momen indah bersama keluarga.”
Terdahulu, Isa dan Risteena telah selamat mendirikan rumah tangga hanya dengan sekali lafaz di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.
Pasangan ini juga telah mengikat tali pertunangan pada 23 November 2019 lalu ketika bercuti di Bali.
The post “Ikutkan Nak Akad Nikah Di Masjid Sahaja..” Risteena Terima Wang Hantaran RM32 Ribu first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments